30 Julai 2017 - 00:21
Tentera Yaman Sasarkan Kapal Perang UAE

Tentera laut Yaman yang dibantu oleh sekutunya dilaporkan telah menyasarkan sebuah kapal perang milik negara Emiriah Arab Bersatu di pesisiran pantai negara itu yang terletak sekitar wilayah Ta'izz.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera laut Yaman yang dibantu oleh sekutunya dilaporkan telah menyasarkan sebuah kapal perang milik negara Emiriah Arab Bersatu di pesisiran pantai negara itu yang terletak sekitar wilayah Ta'izz.

Seorang sumber tentera memberitahu rangkaian berita berbahasa Arab, al-Masirah bahawa kapal frigat UAE itu telah disasarkan dengan peluru berpandu berdekatan dengan bandar pelabuhan Mukha yang terletak sekitar 346 kilometer dari ibu kota Sana'a. Menurutnya, peluru berpandu itu dilancarkan pada petang Sabtu.

Pengerusi Pusat Akademi Tentera Laut Yaman, Mohammed Ali al-Ghaderi berkata bahawa kapal itu dilaporkan sedang memindahkan bekalan senjata dari bandar pelabuhan Assab yang terletak di Eritrea ke Yaman ketika disasarkan oleh tentera Yaman.

Perkembangan di atas berlaku kurang seminggu selepas tentera Yaman berjaya memusnahkan sebuah kapal perang Arab Saudi yang sedang melancarkan operasi peperangan elektronik. Insiden itu berlaku pada 24 Julai lepas. -ABNA24

/315